Tuesday, November 23, 2010

Tentang SatePenawar


                                                    


 Selamat Datang Ke Sate Penawar

Sate Penawar terkenal di daerah Kota Tinggi .Sejarah dan asal usul Sate Penawar adalah berasal dari perniagaan keluarga oleh Hj Rahmat pada awal tahun 80 an di Felda Papan Timur.Dan kini telah berkembang dan maju ke Bandar Penawar oleh  anaknya sulungnya Saudara Shasman dan isteri Puan Rafeah.Terletak di Pasar Tani mingguan setiap sabtu pukul 3 petang hingga 10 malam.
Selain itu Sate Penawar juga beroperasi setiap hari Khamis pasar malam pukul 3 petang hingga 10 malam.

Keunikan Sate Penawar adalah terletak pada ramuannya yang asli dan tiada campuran bahan di adun dengan cara tradisional sejak turun temurun.Sate yang terdapat adalah sate ayam, daging, babat, kambing di samping nasi impit, ketupat, timun dan bawang.Dan yang paling teristimewa adalah kuah kacangnya di adun secara tradisional.





Salah satu contoh Sate Penawar istimewa yang menjadi kegemaran warga Penawar dan pelancong dalam dan luar yang singgah untuk menjamu selera berserta kuah kacang yang lazat dan menyelerakan.







Bandar Penawar ini terletak tidak jauh dari pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia dan seluruh dunia amnya.Terdapat pelbagai challet, hotel dan pantai seperti Desaru Beach Resort , Tanjung Balau, Damai Resort, De'Pulai Spring Resort.Selain itu juga terdapat Sekolah Sukan Bandar Penawar, INSTED, Kolej MARA Profesional dan IKBN.Terdapat pelbagai kemudahan untuk penduduk setempat dan pelancong seperti perhentian teksi dan bas, masjid, bank , balai polis , pejabat pos dan bomba.



Sate Penawar banyak menerima tempahan dari pelbagai hotel di sekitar Desaru.Tempahan juga dari badan kerajaan dan korporat seperti KEJORA, Jabatan Kastam, Sebana Cove, Sekolah-sekolah disekitar yang ingin mendapat khidmat saudara Shasman.Event seperti harijadi, minggu kerjaya, annual dinner , dan pelbagai majlis lagi.Tidak kurang juga tempahan orang perseorangan di dalam daerah dan luar daerah.



     

Saudara Shasman bersama Sate Penawar yang diusahakan sehingga sekarang.Pelanggan bertambah dari hari ke hari.Jika anda berminat ingin merasai sate kelainan dari lain yang lain dan special serta terkenal di daerah Penawar dan sekitarnya, anda di alu-alukan datang ke gerai saudara Shasman yang tidak asing lagi oleh penduduk sekitar.Harga istimewa dan berpatutan boleh dibincangkan.Tempahan awal di alu-alukan dari badan kerajaan, syarikat korporat dan individu atau datang terus ke gerai Sate Penawar.




Untuk Tempahan sila hubungi

Saudara Shasman - 0137989446
atau